Featured post
life_insurance

Pelan Pengganti Gaji (Income Replacement Plan)

Pelan Pengganti Gaji ( Income Replacement Plan)

 

Pelan Pengganti Pendapatan merupakan pelan tindakan alternatif sekiranya pencarum tidak lagi mampu untuk menjana gaji bulanan seperti sediakala. Tiada pendapatan bermakna tiada nafkah yang boleh diberikan kepada keluarga.

 

Dua punca utama kehilang upayaan untuk menjana pendapatan :
1 . Hilang upaya untuk bekerja
2 . Kematian
Sumber pendapatan keluarga :
1 . Suami
2 . Isteri

 

Sekiranya suami dan isteri masing-masing menyumbangkan 60 peratus,40 peratus untuk pendapatan keluarga, bermakna keluarga akan kehilangan 60 peratus punca pendapatan pabila suami tidak mempunyai pendapatan. Sekiranya anda tidak memiliki pelan pengganti gaji bermakna anda akan hilang 60 peratus pendapatan bagi menampung keperluan keluarga.

 

Umbrella protect family.jpg-550x0

Contoh Komitmen bagi suami :
Gaji bulanan             ; Rm3000
Sewa rumah                    : Rm600
Kereta                                : Rm600
Keperluan rumah           : Rm500
Keperluan Anak-anak  : Rm400
Bil-bil                                : Rm300
Simpanan/Pelaburan     : Rm600

 

Berapa yang diperlukan oleh isteri untuk menyambung pendapatan keluarga sekiranya suami mengalami hilang upaya atau kematian.

 

Cara pengiraan :
Rm 3000×12/0.07 = Rm514285
*0.07 ialah contoh kadar dividen tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk pelaburan.
*12 bermaksud 12bulan
Untuk meneruskan kesinambungan pendapatan berterusan bagi suami, anda memerlukan Rm514285. Pabila wang tersebut dilaburkan contohnya di Tabung H beserta dividen tahunan sebanyak 7 peratus, maka anda akan memperolehi dividen tahunan sebanyak Rm36000.
Justeru anda akan memperolehi kembali pendapatan bulanan berjumlah Rm3000.
Anda hanya perlu mencarum rm100++ dalam Insurans/Takaful Hayat untuk memperolehi polisi sebanyak Rm500000++

 

*Polisi bergantung kepada umur,pekerjaan,smoking status dan life style pencarum.

 

hires-350x336

 

Sebarang pertanyaan atau quotation percuma ;
Email          :mhr.hafizibrahim@gmail.com
Ws/Call        :019-394-4174 (En Hafiz Ibrahim)
kaabah

Simpanan Haji dan Umrah

Plan Simpanan HAJI dan UMRAH (UmmahLink)

Assalamualaikum wbt…

Selaku perancang kewangan dari Prudential BSN Takaful Berhad, saya dengan ini ingin memperkenalkan tuan/puan skim simpanan haji dan umrah.

Skim tersebut adalah PruBSN UMMAHLINK.

Dengan harga serendah rm150 ( simpanan rm150,200,250,300 dan seterusnya) tuan/puan boleh mendapat banyak manfaat terutama pampasan kematian, hilang upaya, penyakit kritikal malah pampasan tersebut akan dibayar dua kali ganda sekiranya tuan/puan tgh mengerjakan Haji/Umrah. Benefit tetap akan berjalan walaupun tuan/puan mengerjakan haji/umrah berkali-kali.

Secara generalnya tuan/puan boleh lihat seperti dibwah.

 

PruBSN UMMAHLINK

-simpanan tambahan (selain tabung haji)
-Badal Haji (upah haji).Kerjasama dengan TH Travel & Services Sdn Bhd
-Manfaat kematian (Digandakan jika berlaku di Tanah Suci)
-Manfaat terkena 36 penyakit kritikal*
-Khairat kematian
-Tunai rm500 hingga rm10000 setiap dua tahun
-akak Sijil Simpanan Premium(SSP) BSN dan berpeluang memenangi cabutan bertuah daripada BSN.
PASTI HAJI walau apa pun berlaku…samada dikerjakan sendiri atau melalui badal haji sekiranya anda sakit, meninggal, atau hilang upaya.

 

CONTOH QUOTATION (bagi simpanan rm300/month) ::

Kelas Umur 40tahun , Female , Non- Smoker

Benefit:

-Membuat SIMPANAN/SAVING untuk menunaikan Haji dan Umrah.

-Kematian : pampasan rm200000
-Kematian di Tanah Suci :pampasan berganda rm400000

-Badal Haji : rm3000 (Free Of Charge)
-Khairat kematian : rm2000 (F.O.C.)

Additional Benefit :

-Sakit Krikital : pampasan rm50000
-Kematian akibat accident/ hilang upaya : pampasan rm100000
*sekiranya hilang upaya, selain mendapat pampasan, PruBSN juga akan menanggung secara percuma bayaran bulanan bermula dari tarikh berlaku sehingga pencarum berumur 80tahun.

-Hilang Upaya berlaku di Tanah Suci ; pampasan berganda rm100000

Selain itu pencarum juga akan mendapat :

-rm500 bg stiap dua tahun. sumbangan tersebut boleh disalurkan ke Tabung simpanan PruBSN/Tabung Haji/ mana2 bank.
-Sijil Simpanan Premium 3keping/month. Satu sijil berharga rm10. Berpeluang memperolehi hadiah dari cabutan bertuah yang diadakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional. Sijil tersebut akan didaftarkan secara automatik oleh pihak PruBSN

Klik Video Di Sini

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Email      : mhr.hafizibrahim@gmail.com
Call/Ws  :+60193944174 (En. Hafiz Ibrahim)

Pelan Kad Perubatan Takafulink

Takafulink

Merupakan pelan takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluanperlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

Berikut adalah ilustrasi ringkas bagi menerangkan tentang plan ini:

flyer2

flyer1

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Kematian

  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan

  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain ‘Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan’.
  • Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)

  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover

  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU – Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) – Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

  • Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun

 

10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital – swasta atau kerajaan

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian

  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Pulangan Pelaburan

  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM1,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Untuk mendapat Keterangan lebih lanjut, hubungi saya :

Email            : mhr.hafizibrahim@gmail.com

Call/Ws        : +60193944174 (En Hafiz Ibrahim)

Simpanan Pendidikan/Education Plan

PruBSN SMARTLINK

logo smartlink

 

 

 

 

 

PruBSN SmartLink merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap berkaitan pelaburan dan Anda boleh memilih samada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan jika anda hamil lebih dari 20 minggu.

Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk Pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, penyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

1. Pampasan Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

2. Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal
Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan
Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3. Pampasan Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.

4. Kad Perubatan (Medical Card)
Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful diseluruh Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
Sila rujuk laman Kad Perubatan untuk keterangan lanjut tentang manfaat yang ditawarkan.
Jaminan pembaharuan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5. Elaun Hospital
Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien berada dalam wad.
Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
Elaun Hospital ini juga boleh dituntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6. Elaun ICU
Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

7. Elaun Bedah
Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan.

8. Elaun Lumpuh
Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9. Khairat Pengkebumian
Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10. Premium Percuma
Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya:
– Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal
– Pembayar meninggal dunia
– Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
– Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi.

11. Pulangan Pelaburan
Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 2,000.
Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Perbezaan Antara Manfaat PruBSN Smartlink, PruBSN Smartlink + Extra Basic & Baby Care

 

smartlink

Bonus EduSmart

edusmart

 

 

 

 

 

.

Tertakluk Pada Terma & Syarat

Untuk mendapat Keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya :

Email : mhr.hafizibrahim@gmail.com

Call/Ws : +60193944174